Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khatab baru saja pulang dari melawat
negeri Syria. Seperti biasa Saiyidina Umar akan berjalan-jalan dan
meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk
mengetahui sendiri akan penderitaan mereka. Pada kali ini Saiyidina Umar
menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang nenek tua.
Saiyidina Umar pergi ke rumah nenek tersebut dengan menyamar sebagai
orang biasa. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar
menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan
yang di alami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan
rakyat terhadapnya. Apabila tiba di rumah nenek tersebut Khalifah
memberi salam dan berkata. "Adakah nenek mendengar apa-apa berita
tentang Umar?". jawab nenek tua itu "Khabarnya Umar baru sahaja pulang
dari Syria dengan selamat". Kata khalifah lagi "Bagaimana pendapat nenek
tentang khalifah kita itu". Jawab nenek "Semoga Allah tidak memberi
ganjaran baik kepadanya". Umar bertanya lagi " Mengapa nenek berkata
begitu?".
Jawab nenek "Ia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah
dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang".
Jawab Umar "Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan nenek
sedangkan tempat ini jauh terpencil" Nenek mengeluh dan berkata
"Subhanallah! tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan
keadaan rakyatnya walau dimana mereka berada".
Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam
hatinya "Celakalah aku kerana semua orang dan nenek ini pun mengetahui
perihal diriku". Saiyidina Umar menyesal sambil menitiskan air mata.
Saiyidina Umar berkata lagi "Wahai nenek, berapakah kamu hendak menjual
kezaliman Umar terhadap nenek?. Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan
masuk neraka. Itu pun kalau nenek mahu menjualnya". Kata nenek "Jangan
engkau berguaru dengan aku yang sudah tua ini".
Sambung Umar lagi "Saya tidak bergurau, saya betul-betul ini, berapakah
nenek akan menjualnya. Saya akan menebus dosanya, mahukah nenek menerima
wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap nenek" sambil
menyerahkan wang tersebut kepada nenek. "Terima kasih nak, baik benar
budi mu" kata nenek sambil mengambil wang tersebut.
Sementara itu Saiyidina Ali Abu Talib bersama Abdullah bin Mas'ud lalu
di kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada disitu, mereka pun memberi
salam. "Assalamualaikum ya Amirul Mukminin". mendengar ucapan tersebut,
tahulah nenek bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah
Khalifah Umar Al-Khatab. Dengan perasaan takut dan gementar nenek
berkata "Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah nenek diatas
kelancangan nenek tadi ya Amirul Mukminin. Nenek telah memaki Khalifah
Umar dihadapan tuan sendiri". Rantapan nenek telah menyedarkan Saiyidina
Umar.
"Tak mengapakah nek, mudah-mudah Allah memberi restu kepada nenek" kata
Saiyidina Umar. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan
menulis keterangan berikut diatas bajunya.
"Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang
nenek yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah
sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan
itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak
bersangkut paut lagi".
Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Saiyidina Ali bin Abu Talib dan
di saksikan oleh Abdullah bin Mas'ud. Baju tersebut diserahkan kepada
Abdullah bin Mas'ud seraya berkata "Simpahlah baju ini dan jika aku mati
masukkan kedalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah s.w.t.".
Posting Komentar